Tuesday, January 31, 2012

cinta lama

Dulu sekolah menengah gadis sunti macam kitew2 nie mesti sibuk dok admire sana sini.Aku jugak salah seorang gadis sunti yang gatai itu.Ya teringat team2 ak yang perangai sama gatai meqhela macam aku.Biasalah sekolah teknik.Perempuan tak ramai sangat.So makhluk macam kitorang nie mang teruja sebab jumpak ramai makhluk hensem gagah.Yawwww!

And antara banyak2 makhluk yang hensem gagah macam aoran aziz aku pilih seorang ja.Sebenarnya kan kan kan...aku jer yang meqhela dekat mamat keturunan syed nie.T_T..Seriously dowh..first time aku jumpak dia masa dia terpijak kasut aku masa registeration untuk sekolah teknik.(Ceittttt..tak strategic lansung).Terus bunga2 tulip tumbuh melata.Bunga2 sakura jatuh satu persatu atas kami berdua.Dunia tiba2 menjadi harum seperti kedai Lovely Lace(nyaman gitewww).lagu kuch kuch hotak eiyhh berkumandang sana sini.Tudung terlambai2 seperti Maya Karan atas ferry.Wahhhhhh!Cinta agung!

And tiba2 terdengar seperti suara seperti stepsister memanggil "adik..oooo..adik...mana surat tawaran"..eyh..apa kaitan surat tawaran dengan pencintaan kamI?.."adikkkk!..surat tawaran pelis!'..Ok tersedar dari lamunan.cepat2 dia angkat kaki dia dari kasut aku.and aku dengan gelabah cari surat tawaran sampai jatuh abes IC buruk aku.kakak pengawas pulak buat muka dengan makna "siap kaw orentation nanti"sob2.

And bermula dari satu aku keep on usya mamat syed tue.And my fren akan usik2 aku bila kami terserempak.And dia buat muka annoying!!Boooooooo!Ada aku heran.Ya memang aku heran.Sigh.And thanks God coz bagi kawan2 yang gila macam aku.Adibah Ghazai,Fazira Sharif.Pengawas SPBT.Dorang yang curi2 masuk bilik SPBT then amik alamat mamat syed.Hantaq kad raya besaq telinga gajah dekat syed.Memalukan!Siap tulis "kasut saya masih berlemoih"..yuckkkk!

And i still ingat lagi bila i duduk sebelah mamat syed nie dalam bus time balik kampung.(tak dak seat laen dah.terpaksa)Dia as usual,muka annoying.Then i ntah sumpahan keramat apa yang mak cik dewan makan letak dalam makanan dia sampai i terlena mampuihh.Then i sedar bila dengaq conductor bus cakap "Amboi romantic nya merpati berjoli".Glurppp.10 psang mata memandang kami.Maksudnya 20 bijik mata.Muka terus tukaq color hijau.Ok Great!!aku terlentok atas bahu dia.T_T(elehh..seronok leww tewww)

And now semua dah membesar dengan sempurna.Baru2 nie i tengah pilih buku dekat popular but suddenly mamat sebelah saya terjatuh buku yang dia tengah pilih.And dengan mulianya I pick buku tue then bagi mamat tue.Ok Heaven!Mamat syed tue!And dia kerut2 kening terus dia cakap..Awak yang saya pijak kaki tue kan?Banyak2 memory yang tue jugak kaw ingat.Terenyih aku dok tahan malu.Btw dia dengan girlfriend dia.:)

Wednesday, January 11, 2012

meet jojo.sorry dear im late

Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Kalau malas nak menaip bagai, jangan bermimpi nak buat vlog.


Harus.Harus and semestinya ayat mukadimah di mulakan dengan memerli diri sendiri dulu.


Before nie i dah taip dah entry about jojo but sudden my niece comel lotey without feel guilty dengan selamba off switch my lappy.Then loooopppppp!So segala nya bermula di situ.I dah start malas nak menulis.Macam rasa tak selamat bila tulis blog.Macam anak sedara i nak datang jer.Alasan kaw memang cow!hikkkkk.


Okokokokok..ladies and gentlemen..tanpa membuang masa lagi..memperkenalkan super duper cool,adorable,awesome,cute,busyukk my mr jojo:




-




-




-




-

mr jojo

eeeeeeeeeeeeeeeee...comelnya..mesti korang cakap camnie kan bila tengok mr jojo nie.tawu dah.

Comel kan dia..kan..kan..actually bukan yang i punya.mr izuan punya.but i kena jadi babysitter dia.So i terus assume mr jojo nie i punya.Mr jojo dah dekat setaon umor dia but i tak beli female untuk mr jojo coz i yang nak kahwin dengan mr jojo.i tak bulih berpisah dengan dia.-giler-.

Mana korang nak jumpa makhluk comel macam nie kat dunia nie.Manja terlentok.Tidoq tak kira masa.Makan nak mewah2.Merengek bila orang tak main.Makan nak kena suap.Mana lagi nak cari kalau spesis macam jojo nie.Sangat mengada2.Tapi kerna sekali jatuh cinta, selamanya aku jatuh cinta.cewahhhhhhh!

Mak i 200% membantah dengan sekerasnya i bela jojo.sampai haty mummy.Dia takot jadi lauk kucing dia.So dengan gigihnya i went to DIY shop beli tombol pintu baru untuk bilik i.Dah rosak because my nephew.Haishhh..mereka lagi.Erghhhhh!Dah nama pon Do It Yourself.So i la yang pasang sendiri tombol tue.Senget menyenget.But demi jojo.I gasak segasaknya.Hope u safe in my room with "ugly' door.

Saturday, January 7, 2012

jangan ambik phd

OkOk..jangan ambik phd kalau perangai pemalas still ada dalam diri walau seciput pon.Seriously jangan ambik

before that i sekarang tengah jadi research assistant untuk lecterur i.Dia nak proceed phd yang dia dah ambik dekat manchester dulu.Mula2 aku ingat senang macam kacang kuda dia buat research nie.Sekali dia bagi aku research dia yang seberat 5 kilo suruh aku baca.Pengsan sekejap!
Baru suruh aku baca bukan suruh buat research tue.Aku dah pengsan.Kalau suruh buat confirm2 sekarang aku kat icu dah nazak.Simpang makkk!

Aku teringat lagi abang2 and kakak2 and emak aku suruh aku belajaq sampai phd.Bulih jadi contoh untuk anak2 sedara nanti.Eyhhh2..sedapnya suruh aku ambil phd.Awat tak amik sendiri.Tawu dak susah.Susah taw!!!Nak2 yang malas separuh jiwa dan raga macam aku nie.Assingment pon lagi berapa jam nak hantar baru buat.

Tapi aku ada la jugak angan2 sikit sangat nak futher study sampai phd.=_='.Doakan angan2 yang sikit sangat nie berkembang jadi sikit sahaja.:)

So moral of the story jangan ambik phd kalau malas macam aku laa.Tapi kalau rajin macam lecterur aku you are most invited..:)


p/s: engkau sikit pon tak rasa bersalah tak hupdate blog dekat setaon!