Thursday, April 29, 2010

Damn Arrogant Gadis Blog Biru!!!!

tak baik tak senyum kat orang.

Pernah dengar tak story pasal lenglui(gadis cantik) yang sombong.Okay saya faham.hanya saya jer minat cerita dongeng2 pasal lenglui yang sombong akhirnya mendapat balasan akibat sombong.ingat lagi masa zaman i comel2 lotel duduk terjelepuk dalam libary scolah semata mencari buku cerita dongeng tha sorokkan supaya orang lain x boleh baca.kecik2 dah tunjuk bakat.haihhhhh.

Hadirnya saya di sidang media ini bukan untuk bercerita tentang fairy tale yang mengarut2 tue.saya nak cakap pasal lenglui gurl a.k.a owner this blog yang orang selalu cakap sombong and jalan selalu menegak tanpa memandang kiri juga kanan kecuali melintas.im speechless when talking about sombong2 nie.i rasa i dah tak sombong tapi dah dekat beribu orang dah cakap i sombong.so korang decide lah nak percaya sorang or seribu.pekkkkkkk.setepek kena kat muka sendiri.


im totally different

let me explain dekat u oll.actualy im not that type.seriously(sambil merapatkan kening)..saya tak sombong cuma pemalu.alolololo.sweetnya.seandainya di muka bumi nie ada termometer,angkup vernier,penimbang berat badan 20sen serta pelbagai lagi yang boleh ukur level sifat malu saya confirm korang akan stop cakap sya pemalu.entry sebelum nie pon i dah cakap i sangat2 la pemalu kecik2 molek dulu.tak pernah pon renggang cikit pon dari bawah ketiak mak even kadang2 berbau.sory mummy(^_^)

i dulu time scolah rendah ok juga dengan guy.perangai i kn macam laki2 cikit.rambut pendek,short pant,belemuih,suka memancing and main polis2 dngan boy.i noticed that i bertambah malu after my first period.blushing2.(-_-')my friend pulak dengan felasampah dia cakap jangan close dengan boy sangat bila period,nanty pregnant.wtf.dengan otak yang masih pure so percaya bulat2.bila ader classmate boy yang datang ajak g lepak dngan diorang, i surh adik i cakap kakak dah matured.diorang muka blur macam lembu cisdel saya.


ok.after this tak payah cakap gadis blue nie sombong dah.kalau korang berminat dengan saya jangan malu jangan segan.just kenyit mata sikit.(gila ker per nie)ouh bila sebut pasal mata nie..saya nak cakap saya suka guy(guy ok,bukan boy) yang mata sepet.comel2.nanti anak2 i mesti macam cina.cute2 jer even orang cakap 'eh..napa muka anak2 dia macam cina.mak dia macam india jer(T_T)

to fren zhafri:stop cakap lenglui nie sombong.

Tuesday, April 27, 2010

Saya Rasa Seperti Lembu Cheesdale

pernah tak korang rasa down2 serta down.tak perlulah saya terjemah aper maksud down tue.yang pastinya memang say down selepas jawab paper business accounting.dia seksa jiwa raga serta bakul hidup saya.saya tau bukan saya sorang kerna bila saya pandang sebelah(bajet nak tiru)kening orang sebelah say sudah bercantum.hmmmm..hampa.tapi ok sikit kerna ramai yang tak reti jawab so kalu kena repeat kita repeat beramai2.yeahhhhhhhhhh.T_T
bila rasa down saya terus teringat dan mengandaikan diri saya seperti ais cream cone yang jatuh atas tanah then melekat dia punya cream dekat batu2 tue.haihhhhh.persetankan orang yang cakap peribahasa saya yang macam karam singh walia.ouh.amat lah sakit.korang mesti nak tampar saya kan dengar say bebel.saya kalau sedih saya tak tempat nak mengadu.lelaki model nescafe pon dah ada awek baru.sampai hati ko ae.tak per.from now aku tak minum nescafe dah.biar orang nescafe cakap sebab ko nescafe diorang tak laku
wahai kucing yang di copy dari cisdel.jangan la dok sedih2.kau bukan kena jawab account macam aku pon.kerja kau dok kira berapa whiskas yang dimakan hari nie jer.debit,credit,profit...aaahhhhh..sumer benda alah tue tak perlu ada dalam hidup kau pon.
wahai cisdel kesayangan owner blog.kamu memang memahami tuan blog nie.kamu turut serta berkabung dan bersedeh atas apa yang terjadi dekat saya.jangan2.nanti kamu tak sihat.saper yang nak bawa jumpa doktor.gua ader 3 paper lagi.nanti kita kan nak jalan2 kl nnty.so..jangn sedey2.nanti gua suruh ko jaga rumh nnty.

Saturday, April 24, 2010

Sandarkan Kepada Kenangan a.k.a A Moment 2 Remember

bayangkan tepon nie dalam anda.


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.


lagi satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang ingat...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu.sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu xpon rotan. Pukul tapak tangan...besar sket kne kt punggung.. kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen, nasi lemak 30sen air seposen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? dvd? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 6 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, konda kondi 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.buat roket pn de gak.. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam . AIDS wujud sejak diorg lahir..CD pun wujud time diorg lahir..Michael Jackson dah putih dah time tu..Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru..Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer..Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control..dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive time skolah tanpa handphone... hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke

time aku kecik2 dulu.ada orang cakap aku suka gurl coz aku x bercakap dengan laki2.ouh..aku nak yang different.xmo arrr sama nie.ngeh23x
:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah ngn ipt kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah rendah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk bg dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...hehehe

some one tagged this story to me in my facebook.jo kita layan2 masa muda2 yang best dulu.

Thursday, April 22, 2010

Guna Susu Badan Buat Cake

mooooo..tersenyum banga kerana tak perlu lagi orang perah susu dia

LONDON: Seorang ibu dari Bristol mendedahkan bagaimana beliau menggunakan susu badannya sendiri dalam resipi membuat kek, smoothies dan lasagne.

Abi Blake, 30, dari Clifton, menggunakan pam untuk mengeluarkan susu dari badannya dan mengumpul baki susunya selepas anak perempuannya Tily berusia lapan bulan sudah kenyang, lapor akhbar The Sun


Beliau berkata: “Walaupun idea memakan sesuatu yang dibuat daripada susu ibu menjadikan perut seseorang menggelodak, ia penuh dengan vitamin yang tidak didapati dalam susu lembu. lembu pon pandai ok

oiiii2..gua nak muntah pon ada gak baca nie..ishhhh2.u mang rock la mummy.daring giler..

Tuesday, April 20, 2010

Kesayangan Saya Di Hutan Sintok

debab vs kurus

kesayangan saya yang prtama.saya yang tak pernah marah budak innocent nie.gurl yang bila hujung minggu akan terkedek2 mengusung beg untuk balik rumah.saya faham dah.gurl yang dalam sehari baba dia akan coll sebanyak 15x.nampaknya CELCOM bertuah kerana mempunyai pelanggan seperti ayah awak moo.and satulagi kelebihan gurl ini adalah senyum plastik.ok2.sila lihat gurl kanan ok.gurl kiri senyum ikhlas with lesung batu di pipi.

kesayangan saya yang sihat2 belaka.termasuk saya.gambar rajah juga menunjukan gurl yang sihat2 sedang lead perbarisan ke pusur nie.maaf zakiah.muka mu telah dihalang oleh barisan gurl yang sihat.
kalau mak kamu semua tengok pic nie mesti dia cakap.(dah besar melebar anak aku ea)T_T
kesayangan saya yang berhimpit2 untuk masuk dalam gambar.terpaksa menyilang kaki untuk bagi semua nampak kurus dan boleh masuk dalam gambar.kesayangan saya semua nie nak pergi exam.dan mereka adalh student decision science yang telah di tawarkan oleh uum tanpa rela mereka.kasihannnnnn

gurl yang bersesak2 dalam 3 biji kancil untuk ke kenduri.and gurl nie juga bersesak2 atas katil pengantin hingga roboh.aku ingat samapi mati dowhhh.malu tahap gaban dah.masa makan sumer tak ingat dunia.haihhhhhhhh.(^_^)time nie mekup berkilo2 untuk tunjuk kat orang yang student decision science adalah comel.

kesayangan saya yang berubah wajah.tepung gomak aka hantu tepung.maaf.saya buat nie bukan atas kerelaan awak.ngeh2x.tapi syok gak menghabiskan sekilo tepung ke atas muka awak.campur telur and bawang serta garam,ouh..dah boleh goreng jadikan jemput2 dah nie.
kesayangan saya yang ayu2 sumer.kesayangan saya hilang.dan see..saya menjadi sunyi tanpa kesayangan saya.sob2.kan dah cakap jangan main jauh2 sangat.kang dah hilang.hutan sintok nie dah la banyak lelaki buas.eh2 silap.haiwan buas.

Sunday, April 18, 2010

Ada Hati Yang Nak Dijual

fuyooooo.tajuk entry sperti berada dalam taman.saya tak mahu jual hati saya.tapi ada orang yang emel saya pasal hati dia yang menjadi semakin murah kerana perempuan.tue laaaa,mak dah pesan suruh cari awek macam owner blog nie.pergi cari cam avril lavinge saper suruh.kang dah menyesal.haihhhhhhhh.

he said he become heartless terhadap gurl.jangan2.bunga bukan sekuntum.tapi 4 kuntum.haippppp.tak dapat ros merah, taik ayam pon boleh la.korang just tau hati korang jer heartless.aku yang heart attack dok dapat mesej korang tak pernah korang pikir.(*_*)

tuhan dah tetap jodoh kita so i keep wondering why nak kena ada bf,gf and macam2 lagi.aku percaya jodoh dari Allah.so buat pa nak susah hati nak cari duit mana nak beli perfume untuk gf..nak beli jersey per untuk bf.ish2.bagi kat orang somalia pon ok duit tue.

i selalu call mak i.makkkk2(besa la excited dngar sora mak)..ader orang meminang ija lagi tak.

jawapan simple serta pedas hingga usus.

(saper la nak kat hang..masak asam pedas jadi gulai tak cukup santan)


ok fine mummy.saya dah belajar masak untuk jodoh saya.so mummy jangan terkejut jika saya terkinja2 dok expalin dalam tv bersama rancangan masakan saya.


*DARI BUNTUT KUALI*

terus rtm gam aku.hohoho.tapi sound cute la tajuk nie.

nota sayang2:so for guy and gurl.dun wory kalau tak ada bf lagi.JODOH DARI ALLAH IS THE BEST.ouh bestnya dapat ustaz.(berangan laaaaaa)
perlu suami yang kacak untuk dapat anak seperti nie.ngeh2x.tapi seriouly.this baby damn cute.nak cubit and picit2 jer.mak kau bagi makan nestum aper yang comel cam nie.

Saturday, April 17, 2010

AYAT2 POWER LEPAS KAWEN(guy patut baca ok)


sebelum tido
6 minggu:gud nite sayangggggg..have sweet dream yeahhhh..muahhhh23x

6 bulan:tolong matikan lampu tidur 2..silau ahhhh!!

6 tahun:sana sikitlah..tido kalu x mengepit tak boleh ker!!!??

pakai toilet

6 minggu:tak pa..u masuk dulu..i tak kesahhh..
6 bulan:lama lagi ker nie!!

6 tahun:brug!!brug!!brug!!(suara pintu di gegar)kalau nak betapa pergilah gunung ledang sana

balas sms

6 minggu:iyer sayang..jap g i samapai rumah..rindu ker..hehehee.sayang.abang beli murtabak faveret u..
6 bulan:traffic jam arrrrrrr
6 tahun:K!!


dating proses
6 minggu:I LOVE U,I LOVE U,I LOVE U

6 bulan:of course ler i LOVE U

6 tahun:yelah..kalau i tak cintakan u..buat pa i nak kawen dengn u..haihhhh

pulang kerja
6 minggu:sayangggg..i dah balek nie

6 bulan:IM BACK

6 tahun:masak aper harinie..lapar arrrr


telefon

6 minggu:baby..ader orang nak cakap dengan u nie..
6 bulan:u..ader call nie!!!

6 tahun:eeeee.ada fon bukan nak angkat..len kali baling jer dalam laut..bagi jerung makan(rumah kita jauh dari laut abang)

memaafkan

6 minggu:sudah lahhh..dah pecah pon..nanty kita beli yang lain eh..

6 bulan:hati2 cikit..nanti pecah..

6 tahun:orang dah pesan banyak kali pon x faham jgak..ingat cop duit ker..


baju baru

6 minggu:wahhhhh..cantiknya u pakai baju nie sayang..
6 bulan:lahhhhhh..beli baju baru lagi
6 tahun:DAH HABIS BERAPA RIBU BELI BAJU TUE???!!

Menonton tv

6 minggu:baby..hari nie kita nak tengok cter per ea

6 bulan:alaaaaa..nak tengok bola nie..

6 tahun:JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLEH X.

Ishh2..tak semua orang cm nie kan.aku tak mau la strotype..tapi selalunya mang cam nie.korang nie sepatutnya lagi tua lagi sweet.nie tidak.dah jadi sour+pahit dah.bayangkanlah peria campur asam jawa..euwwwwww..

Friday, April 16, 2010

Awak Or Saya Yang Ego(by ameng)

Hye seksi,jangan menangis.

Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang perli dan kutuk
Tapi ada gak hati yang puji

jadik you can always count on me


Awak
Hari ni awak nampak cute
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati

Padahal Nak gak puji sekuat hati

Awak Hari ni awak senyum kat saye
Tapi saya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan

Nak elak dari kawan2 saya perasan



Awak Hari ni saya senyum kat awak
Tapi Awak jalan depan saya
Jadik Senyum pun tak guna
Kalau nk lambai lg apa guna

Awak Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer

Padahal Bumi nie raser cam dah tak cukup graviti
Rasa cam nak hilang lari bawa diri

Hye u,masih ada yang nak rawat derita u

Awak
Hari ni awak tego saya
Tapi Saya buat2 pekak
Bukan jual mahal, saya tak layak

Sebab Nak elak daripada tak boley berenti borak Awak Hari ni saya tego awak
Tapi Saya tego awak dalam hatI
Jadik Awak tak penah dengar all THE GOOD LUCK AND TAKE CARE hari2

Awak Hari ni awak ejek saya lagi
Saya pura2 marah tapi dlm hati

Tak kisah awak ejek saya hari2 Kalau tu blh buat awak happy Finaly,masih ada plaster untuk tampal hati u

Awak
Hari ni kita duduk semeje
Saya depan awak ,awak depan saya

Tapi Raser cam jauh giler

Padahal Tak sampai sedepa

Awak Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik Saya blah mcm tu ajer


Awak

Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini

Padahal Dah kosong tak berisi

Pikiran kat sana, badan je kat sini


Awak

Hari ni saya tulis sms kat awak lagi
tapi saya rasa malu nak send jadi saya simpan dlm outbox sendiri boleh saya baca hari2

Awak Hari ni saya rasa rindu
Tapi saya taknak ngaku,

Padahal saya check handset tiap2 waktu, mengharap ada msg from u

Awak
Hari ni semuorang kutuk diri ni, tapi skt pun saya tak amik peduli, Tapi bila awak pun join sekaki, Saya rasa sedih tak terperi,

Awak,
Hari ni saya lalu depan rumah awak,
Tapi saya tak nampak pn kelibat awak,

saya pandang bumbung pun jadi, kurang skt rindu di hati

Awak,
hari ni awak puji kawan saya, Semua baik takde yang cela, Tapi kenapa bila saya, Awak pandang takde mata Awak, Hari ni saya risau pasal awak, siang malam doakan keselamatan awak, padahal saya sikitpun awak tak ingat,
Kenapa la saya nak buang keringat


Awak,
hari ni saya pandang awak curi2, sbb nak ckp berdua tak ckp berani, dlm hati doa awak sedari, apa yg terpendam dlm hati Awak, hari ni awak cerita pasal budak tu lagi, saya buat2 dgr tapi dlm hati rasa cam nak lempang aje tuan punya diri awak tak tau ke saya terasa hati!

Awak, hari tu saya benci sangat kat awak, tapi hari ni saya suka sangat kat awak, sbb saya tak boleh nak lupakan awak, ingat kat awak awak awak awak


Awak Hari ni saya nampak awak lagi Tapi Awak tak macam dulu lagi Jadik Saya terdiam sendiri taktau nak buat apa lagi Awak Hari ni saya dah janji..nak pergi ikutkan hati, memang nak pergi Tapi Tak tau kenape tak boleh pegi

Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi Tapi dah takde harapan kat sini Jadik Nak tak nak terpakse sendiri

Awak Hari ni hari terakhir nampak awak Tapi awak tak toleh kat sini awak focus kat handset sendiri

Awak
hari ni saya tgk gambar kiter senyum tapi gambar tinggal gambar nak buang sayang nak simpan sedih Awak besok antare kita ader "balai berlepas" besoktak da besok untuk saya besok jugaktak de besok untuk awak


Awak semoge satu hari nanti saya menginsafi diri tak nak ada ego tinggi lagi buat merana sorang diri buat saya sakit hati Awak kalau nanti awak dh ada si dia di sisi jgn awak tunjuk tuan punya diri sbb confirm saya akan makan hati..

Awak sebelum saya pergi hari ni..kat sini saya janji semua ni untuk awak Sebab kenal awak anugerah terindah penah saye miliki.


Bila tulis entry nie teringat dekat siti nurhaliza.dia tak pernah patah hati.terus dapat dato k.I dun know why i menjadi sangt kaca seperti adnan sempit.dalam hati ada tamam babe.T_T

Wednesday, April 14, 2010

Cepatnya Kita Membesar

berpuluh jiwa tapi satu hati

sumpah saya tak tau kat mana muka saya dalam pic nie.nie zaman saya beringus and tudung serempeng lagi.selekeh habis.cepatnya kita membesarkan.sekarang dah 21.gambar nie tingkatan satu.ouh.mabe diorang pon dah tak kenal saya yang dah jadi model bulu ayam plastik skarang(gilo)
sekarang saya dah besar cam nie kawan2

kawan2.saya rindu awak separuh mati.separuh jiwa.separuh hati.separuh gila.saya tak cakap sepenuhnya kerana saya memang separuh dari anda bukan sepenuhnya.(confirm x faham)

zaman nie period pon x tau apa benda.zaman nie belemuih jer muka.tanpa bedak secubit kat pipi.jauh sekali nak pakai lipstick yang merah2 menyala cam opera cina.tapi cepat sangt kan kita besar.sekarang dah besar gedabak.ada yang dah kawen dah pon(selamat pengantin lama angah..*_*

muka budak lelaki suma x baligh.suara ayu jer.sekarang, ingatkan inspector polis mana yang col...rupa2nya kawan saya.ouh.korang dah berbadan sasa and tegap sekarang.semoga menjadi menantu pilihan emak saya.T_T

thanzz for those yang tag this pic in my fbook.saya ingat korang cuma masa yang tak mengizinkan.nanti kawen jangan lupa jemput saya untuk haiskan makanan.

Tuesday, April 13, 2010

Jangan Kutuk2 Blog Saya.



tajuk entry menggunakan pendekatan yang sopan sebagai anak gadis melayu even tengah menggelegak.

saya tak suka orang yang kutuk blog saya.saya tak pernah kutuk awak dalam blog saya.saya harap awak faham bahasa melayu.if nak kutuk for improvemnt my blog i can accept it but kalau kutuk couse jealous awak tak da blog yang gemuk cam saya.sory.you are not invited to read my blog.saya sayang blog saya lebih dari saya sayang facebook saya.(motif ayat nie)

anyway saya tak marah just nak advice jer.saya faham jiwa kita semua semakin tertekan untuk dapat cgpa yang bagus2.kita yang malas sudy nie.tapi perlu jaga hati orang juga dear.

Monday, April 12, 2010

Cinta Mana Sakit Babe!!!!




bila tengok pic nie baru aku notice something..*CINTA TAK MENYAKITKAN*..
Weyhhhhh.aku berasa yuck la bila tulis2 tentang love nie.bukan aku hina love2 nie tapi aku tak ready la..umur aku baru 21 tahun.

baru 21 ko cakap.mak dulu dah ada anak dua dah time umur cam ko.T_T



maybe kenangan dulu kowt yang buat aku takut untuk story about love.tapi kita kan manusia.jauhnya lari pon kita stil terikat dengan cinta.cinta dengan Allah.Cinta dengan malaikat.Cinta dengan rasul and cinta sesama manusia.so jangan takut untuk love2.haihhhhh.ayat seperti gedik jer.



aku memang kontang idea kalau tulis pasal LOVE.aku ingat tak mau couple2 dah.jodoh yang baik jodoh dari Allah.so malas nak pikir useless nie.kalau orang lain sbuk blogging pasal dating dengn bf diorang aku no way.kau saper nak masuk2 dalam blog aku.mesti fatin bangga kalau baca ayat nie coz dia makhluk y terpilh masuk blog aku.

Mama,Papa!!!Jangan Bunuh Baby!!!


mama,kenapa mama bunuh anak mama sendiri.belum sampai baby menunaikan janji baby dengan tuhan.baby tahu..baby lahir bukan atas kehendak mama.tapi mengapa baby yang perlu di hukum atas dosa mama.mama tak sayang baby ker??mama tak kesian kat baby??



mama..baby sejuk sangt time mama tinggal baby tepi tong sampah.baby ingat mama nak pergi beli susu untuk baby.lama baby tungu mama.mama letak baby tanpa berpaling sikit pon kat baby.malam tue hujan mama.baby sejuk terketar2.baby nangis kuat2.x da orang dengar tapi anjing kurap dengar baby nangis.di datang dekat baby.dia gigit baby.MAMA!!!!!!sakit mama.dia koyak tangan baby dengan rakusnya.



di gonggong tangan baby dan anjing kurap 2 kongsi dengan kawan2 dia tangan baby.esok pula semut datang teman baby.banyak sangat.MAMA!!!!!PAPA!!!sakittttttt.semut dengan tanpa belas kasihan gigit baby.baby tak tahan.lama2 semut pon balik datang pula si gagak dengan mata merah merenung baby.dengan sepantas kilat dia terjun dah mematuk2 baby.sekali lagi mama.SAKITTTTTTTTTTTTT!!!!!tuhan jer yang tau.baby dah lemah.x mampu mnjerit lagi.akhirnya baby biar saja gagak mncubit serta mematuk2 badan baby.



Mama...Papa..sampai hati buat baby cam nie.bukan ini y baby pinta.baby nak cam baby lain.mama diorang bedakkan dengn johnson baby.urut dengn minyak.

mama...papa..seandainya mama mmbaca keluhan hati baby ini..baby minta ampun atas kehadiran baby yang menyusahkan mama.baby doa semoga mama bertaubat dan baby menanti mama d pintu syurga.Aminnn.

NOTA SAYANG2 DARI SAYA:jangan biar diri korang dengn dosa yang lebeh besar seandainya korang dah lakukan dosa yang besar.jangan bunuh baby2 y x berdosa.semoga jalan taubat terbuka untuk korang semua.mari berkempen bersama saya."BIARKAN IA MEMBESAR UNTUK MENGENALI DUNIA"

saya tulis entry nie sambil nangis ok.T_T

Wednesday, April 7, 2010

YOUR BEAUTIFUL IS TRUE.DONT EVER TRY TO CHANGE IT

hidung dah mancung.mata dah kecik comel.naper ler pergi ubah


Tajuk panjang mengalahkan entry.i nak tulis pasal cantik2 hari ini.see,tulisan saya pon cantik kan hari nieT_T

Pernah dengar tak dulu ada iklan tue cakap..kejelitaan adalah hak milik setiap insan.so dari ayat ini aku dah tau aku memang cantik.eh lupa..dia cakap setiap insan kan.so korang pon cantik macam saya juga.(speechless)

bila dah cantik tak payah tempek2 bedak sekilo dah.tak payah letak eye shadow macam burung hantu dah.tak payah letak lips eye kat bibir dah.eh2.cam pelik jer lip eyes.ouh.lipstik.sory la.dulu kami pernah minta lipeyes dekat akak watson's.dia separuh gila tolong cari kat kami.dah memang x ada benda tue kat dunia nie.kesihan dia dok layan anak dara yang buta mekup nie.T_*
before after

saya nak selit sikit2 picture orang yang cuba mengubah kecantikan yang dia ada.i dont know why they are try to change their beauty.ishhh23x.even hidung kemek and mata besar pon saya tak teringin nak mancungkan.saya tak hingin nak kecikkan mata.

before after
knapa nak jadi kucing???jadi manusia pon ok

Tuesday, April 6, 2010

PENCARIAN SPAGETHI UNTUK BONDA epsd.2

saya telan airliur5x ketika melihat pic nie


malam nie insyaallah akan jumpa.ko tungu ya spagethi.berpeluk2 lah dengan sedara2 kau wahai spagethi.kau kan aku telan.kim salam dekat makaroni sekali.chicken chop juga.minta ampun kat diorang ya.jahat betul spagethi kutuk kau pendek.tapi kau memang pendek n montok.oiiii pendek

aku tau kau banyak buat dosa dok kutuk makaroni yang pendek tue.

kau juga selalu dok kutuk chicken chop yang banyak lemak tue.

kirim salam sayang dekat mushroom soup juga.saya suka dia.(siap la kau mushroom soup)

itu lah.sapa suruh jahat sangat.haaaaaaaa.rasakan.hehehehehehehe.ouh yummy2.
muka orang y puasa and bersemangat untuk membaham spagethi

Monday, April 5, 2010

PENCARIAN SPAGHETTI UNTUK BONDA

SAYA NAK MAKAN SEMUA NIE.UNTUK BONDA YANG ATAS KECIK TUE(^_^)

Tajuk mang perlu letak nama bonda.bagi orang simpati.orang kan selalu akan jadi lembut hati bila sebut ja nama uMmi,mummy,bonda,ibu,mama,mak,mum and macam2 nama lagi around the world.

sebelum melangkah lebeh jauh sukanya saya nak cakap im fasting ryte now.tak perlulah di xplainkan lagi perasaan orang yang berposa bercerita pasal makanan.seperti orang mengantuk yang tak di sorongkan bantal.you all bayangkanlah.grughhhhh..grughhhhh..haaaaa.korang pon dah boley dengar perut saya berbunyi.mengalahkan suara papa rock.

SAYA SEDANG MENCARI SPAGHETTI!!!anyone???plezzz2x..tolong cari untuk saya and belanja saya.dah 3 hari 3 malam saya kempunan.tsktsk.korang jangan biar saya pergi tanpa spagheti.haihhhhh.korang perasankan ayat saya dah pelik.cepat before anda terlambat untuk belanja and berbuat baik dengan saya.hehehehe.ayat nak simpati ja.(rasa nak siku2 jer ea tengok orang perangai cam nie)

saya mybe akan fly ker jitra untuk mencari spagethi.oiiittttt2.kau nak mendarat kat mana kat jitra tue.jangan risau.saya akan guna awan terbang.GOKU!!!!!...coming!!!!!

ouh.air liur semakin meleleh..slurppppp.jiwa dah tak keruan.hati dah gunlana.minda dah x stabil.teruknya penangan Spagheti.ubat senonyong apa yang kau dah buat kat aku spagethi.seriously.you drive me crazy!!!!

ingat lagi spagethi.kau juga buat bonda saya teringin.dulu bonda marah2 bila saya masak awak.makanan orang putih dia cakap.ikut sangat barat tue.tapi bila suruh dia rasa dia wat muka cam x sedap.tapi bila saya masuk bilik.bonda tambah 2 kali.kantoi dah mak..hahahahaha.bestnya boleh kantoikan mak.hehehehe

Saturday, April 3, 2010

LELAKI TAKUT KER????

Before tue nak puji budak nie.cuteeeeeeee.mak kau bagi makan apa ea sampai cute cam ni???(-_-)

CABARAN LELAKI BOLEH MENCAPAI SATU JUTA FAN BEFORE PEREMPUAN!!!


Motif kau buat group cam nie!!!!cam tak ada arah tujuan pon ada juga aku tengok.haihhhh.korang takut ea spesis korang pupus.hehehehehehe



Tue la orang dah pesan SAY NO TO SMOKING.korang tak faham bahasa juga.kang dah pupus cepat.*sigh.


kalau korang perasan la.perempuan pon ada buat fan page cam tue juga.korang x payah risau la.spesis korang mang bersepah2 kat muka bumi nie.9/10 bayi yang dilahirkan adalah perempuan.even korang banyak jangan dok buat perangai tak senonoh nak lawan cakap boyafren plak.eh2.silap.jangan lawan cakap suami.boyafren korang lawan jer.dia tak ada hak pon nak marah2 korang.kalau dia nak hak tue suruh dia kawen dengan korang.(^-^)

nota kaki:mesti blog aku kena hentam dengan dahsyatnya oleh guy.ish2.think +ve.renug2 kan.slamat beramal.assalamualaikum(^_^')





Friday, April 2, 2010

BILA ARAK DAH MACAM AIR MINERAL.

have a great day without alcohol

Mula2 seperti takut jugak untuk tulis pasal nie..maklum lah.ilmu sekangkang kura2..but atas tanggungjawab sesama islam saya terpanggil untuk menulis isu ini.I know,isu ini isu sensitif.silap tulis jer memang kena baling dengn tongkol kayu lahh.tapi blogger kan berani.so saya pon nak berani jugak.(^_^)

baru2 nie i godek2 i punya fbook then ada someone yang add saya.i tak perasan he/she(jantina d rahsiakan)..nak perasan cam na dowh.rambut dah color bulu jagung.mata mekup cam lutong dah aku tengok.Scan punya scan baru perasan dia fren i time scolah menengah.dah 5 tahun tak jumpa dia.then sempat chating dengan dia juga..dia stay kat KEYYY-ELLL skrang.

tangan aku yang sememamg nya gedik nie meneroka la photo2 dia.ouh.mak datuk!!!dia sangat berubah.photo sumer d NERAKA DUNIA a.k.a club.bukan club kembara ok!!!club2 bila larut malam.AND berlambak juga photo dia dengan bangganya bersama air kencing setan.astaghfirullahalazim.then tengok photo party tepi pantai dengan gurl yang semua nya panas sampai terpaksa pakai coli and underwear jer.atas meja plak tersusun kemas TIGER.bukan biskut tiger or patung tiger yang besar tue.nie minuman TIGER.lu pikirlah sendiri.

i never know what happen to him sampai he change so much.bla dah sampai macam nie saper lagi kita nak blame.im realy sure his parent tak tau pasal benda nie.buat apa nak minum air kencing.minum lah RIBENA ker,SUNQUICK ker.sedap lebeh dari air setan tue.bodoh punya orang.(semakin marah entry nie) hebat sangat ker boleh tunggang air setan tue.tuppp2..dalam air tue ada racun.haaaa.mampus kau dalam iman lah sangat.betapa teruknya arak hingga Allah dah letak hukuman dia kat dunia lagi untuk orang yang minum.aduh2.kecik2 mesti ponteng class fardu ain petang tue.that why tak tau apa.

(For my fren.terima kasih cause bagi ilham untuk ak tulis entry nie.hpe sangat2 kau berubah.u still have time.dont waste your life with the stupid thing)