Friday, July 30, 2010

Maaf Andai Saya Terlupa Janji Saya

Bila kecik2 and comel mak selalu ajar,bila berjanji mesti tepati.Tapi bila besar nak juga jadi degil and ketegaq.selalu lupa janji.nak kata tua masih muda dan belum ada anak lagi and yang pasti belum kahwin lagi.

Bila saya sedar,saya tahu saya dah banyak lupa janji,

saya janji nak beli kak yong baju muslimah yang cantik dan muat untuk yong pakai,tapi bila yong excited nak paki baju tue, baju tue hanya mampu melepasi  dada yong jer.sory yong.mak uda lupa janji dengan yong.

saya janji tak mahu ponteng kuliah sem nie,tapii saya dengan jayanya telah ponteng beberapa kuliah tanpa rasa bersalah.and berasa bangga jalan depan junior yang terkejar2 untuk dapatkan bas ke kelas.(dalam hati:rasakan macam mana aku kena pijak kaki tiap2 hari dengan somalia couse berusaha berebut nak ke kelas

saya lupa janji dengan diri saya.janji untuk tidak makan mengikut nafsu.tapi saya makan seperti makhluk yang baru mengenali makanan.pagi nasi lemak,pkul 10 kuih,tengahari nasi campur RM3.petang laicikang,malam mee goreng,tengahmalam burger,...nak tidur sempat lagi makan kacang2 and asam(patutlah dungu).maafkan saya wahai diri kerana lupa janji saya

dan yang paling penting,janji saya dengan Tuhan.saya dah berjanji sejak saya di hembuskan roh ke dalam badan saya lagi,saya berjanji untuk melakukan kebaikan tetapi sebaliknya.saya cemari janji saya dengan mengikut nafsu serta akal yang kadang2 di rajai syaitan.hanya Kau yang mampu mengampunkan saya Tuhan.T_T.Astaghfirullahalazim.

                   Kucing yang lupa diri:Wahai budak gemuk,cepat kembali kepada janji2 kau

Thursday, July 29, 2010

Anak di dera sebab nak pakai tudung(ishhh23x)

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. ^_^

Wednesday, July 28, 2010

Burung Unta!!!!!!!! Bawa Saya Terbang Jauh2

Saya silap.burungunta x boleh terbang.burung unta boleh lari jer.minta maaf tuan badan.saya, memperkecikan kebolehan kamu.saya semakin busy sampai masa untuk tido pon saya korbankan,masa untuk makan tidak pernah saya korbankan.bagus!!!jika mumy saya tengok anak dia yang gemuk nie rajin mesty dia pengsan.apa makhluk dalam hutan(uum) telah ragging dia sampai dia rajin .mummy,,,anak mak sorang nie semakin letih,letih dengan sikap orang.letih dengan baju yang hari2 basuh tapi masih banyak yang kotor.pelik(-'-')
letih dengan duit yang keluar mengalir seperti air sungai sedim yang tak tercemar.takmacam sungai klang.eehhh2..sempat lagi mengata

 photo nie menunjukkan gaya saya sepertidatin sabariah nak pergi majlis perjumpaan veteran2 seniman.(T_T)
maaf yer kawan2 yang saya sayang,saya tak banyak masa dengan korang sekarang untuk bercerita tentang future husband,tentang imam muda bakol calon suami kiter,tentang si polan nue berdating dengan si toyol nie,
tentang buku2,eh..nie bukan feveret kita,tentang yang masing2 tai nak kawen cepat,saya kawen dulu ok!!
maaf sangt2.jika saya bersembang sekarang dengan korang sekarang mesty saya dah ketinggalan seperti budak baru belajar nak buat account friendster.(sikit poyo di sini)
 wahai burung unta,lama sudah xmelawat kamu d sedney,apa kabar???(syedney kunun,hey gemuk,ini hanya lah d perlis)T_T
 saya sekarang mungkin takboleh nak bersenang hati seperti orang kenyang dalam photo di atas kerna terlampau buzy.
burung unta:tuan puteri nak pergi mana]

puteri gemuk:puteri nak pergi mega sale(*_*)
burung unta:maaf tuan puteri,hamba allergic dengan sale2 nie.apa kata, hamba bawa tuan puteri pergi pusat sukan uum.hamba dengar tuan puteri banyak kerja di sana

puteri gemuk:siap ko,aku buat masak burung unta masak sambal pedas!!!!!!11

Monday, July 26, 2010

Mari Picit Ramai-Ramai

Dulu dekat rumah bila balik kampung, mak akan panggil saya yang bertubuh gemuk nie untuk picit2 belakang mak.dia cakap saya picit sedap coz isi banyak dekat jari saya,so boleh picit kuat2(kan saya dah cakap,diskriminasi terhadap orang gemuk).yang tak seronoknya bila saya on jer tv mak akan panggil picit belakang dia.seperti persamaan matematik (budak gemuk on tv + landing = mak panggil picit belakang)..
so saya agak jahat,akan letak minyak panas banyak sikit,and mak akan cakap,

'eh kenapa panas nie,dah lah"

nie lah ayat yang saya nanty2kan mummy.sory mak.tak buat dah.skarang kan mak dah ada cucu.kebetulan pula dapat cucu gemuk gedempol macam saya.siap la korang.(*_*)

tapi saya tak nak cakap pasal picit2 maK nie.saya nak cakap mari picit pipi baby nie


 ouh my gucci!!!!kenapa awak gemuksihatgebucomel.mak awak bagi makan apa yer sampai comel cam nie.kalu saya jumpa awak saya akan amik awak berkeja dengan mak saya.sebagai tukang urut.gila vaviii comel sangat.perut awak buncit seperti owner blog nie.tapi awak buncit yang comel.x payah pakai bekung tau.
 kecik2 dah pandai senyum depan camera.besar2 nak jadi AMERICAN NEXT TOP MODEL ea?awak kurus sikit dari baby d atas namun kecomelan korang berdua sama level.come to mama babeh..muahhxxhhh..
saya pon hairan.adakah awak guno lotion yang sama dengan saya time saya kecik2 dulu.kenapa saya seperti berlawanan dengan awak.T_T
alolololololo.lawanya baju.selawa orang nya.bila saya tengok awak misi saya terus berubah.saya nak cari husband mat salleh.tapi nak la plak mat saleh tue kat saya.pikir sepuluh kali kalau saya propose dia.

saya memang suka tengok baby.tak kisah cina,india,melayu,melanau,orang putih,orang asli.saya suka.for me baby adalh semuanya putih dan menyenangkan.baby ada satu bau yang buat kita rasa tenang bila kita kiss .tak cam kita yang dah tua bangka nie.bau segala2 macam.(*_*)

sumber photo:uncle google

Monday, July 19, 2010

Surat Untuk Cinta Hati Saya,Baik2 Ya Sayang

Dikesempatan syaaban yang mulia ini saya ingin meminta ampun dan maaf kepada cinta2 hati saya kerana tidak sempat saya nak call serta membalas mesej korang.(perempuan gatai)..(-__-').Saya cuba untuk melapangkan diri untuk korang semua dengan mengambil class yang bermulanya pukul lapan lagi dan berebut2 untuk menaiki bus ke class.Bila berebut saya rasa seperti sorang yang berusaha untuk belajar dan berjuang dengan pen(porahhhh).tapi walaupon saya mengambil class pagi, dan habis awal tetapi seruan bantal amat lah kuat hingga tak terlawan oleh akal saya.(*__*)

 Cinta hati saya yang pertama:yang berada di depan,yang belakang hanyalah backdrop.nurin batrisyia..hai cinta hati,kamu lah yang orang cakap muka seiras dengan saya dan menyebabkan orang pikir saya sudah tua dan mempunyai anak.nurin ingat tak time kecik2 mak uda(eh2..reveal la plak status guwe) yang menyusukan menjaga kamu.bila kamu lapar mak uda lenyetkan kentang 3 biji dan bagi kamu makan supaya gemuk seperti mak uda.minta maaf ya.
 Cinta Hati Kedua:syahmi sayang..kadang2 menjadi kesayangn atuk.kadang menjadi kegeraman atuk.slogan kamu "BUAT APA BALIK RUMAH ATUK KALAU X MAKAN NASI".sekarang kamu dah gemuk kan.tue laaaa..mak uda dah cakap diet sikit tapi kamu ikut cakap ummi kamu.ishh2.nie photo zaman muda2, so masih slim.kadang mak uda rasa seperti mendapat heart attack bila menjaga kamu.tapi tak pa,kamu dah menebus kesalahan kamu dengan mak uda kerana telah menggigit bontot mak cik kamu yang suka gado dengan mak uda.
 yang berbaju belang2:si nabil aka angah.kesayangan ummi and atuk kerana selalu mendengar kata.bila mak uda cakap."angah mandi!!!!!!"tanpa berfikir panjang kamu terus mandi even kamu dah mandi 4 kali dah.orang yang menyuruh mandi tue belum sekali lagi pon mengenal air untuk hari tue.tapi mak uda nak tegur sikit,jangan berdiri depan tv ketika menonton tv.kerana masalah utamanya ialah mak uda kat belakang kamu x nampak tv tue,second merosakkan mata kamu.

yang berbaju pink.syarmina anak ayah.syarmina yang cerdik pandai even tak belajar di tadika lagi.syarmina dah nak start baca quran dah even baru umur 6 tahun.syarmina selalu faham penderitaan ummi, hingga kadang2 mak uda menangis bila syarmina berdoa supaya ummi syarmina sembuh.i love u sayang.muahhhxxxx.

yang paling kanan sekali.syahirah anak ummi.syahirah kakak syarmina.kakak yang penuh tanggungjawab.sangat rajin bantu ummi goreng telur walaupon kadang2 telur kuning terus menjadi warna hitam(T_T).mak uda nak promote syahirah untuk jadi duta susu otak cerdas kerana syahirah seperti budak2 dalam iklan susu yang cepat2 angkat tangan nak jawab bila cikgu tanya.
yang menunjukkan PEACE NO WAR.uzma aka kak long.muka yong chinese look.dulu yong kecik2 sumer orang suka yong couse mulut yong yang tak berenti bercakap.hidung yong kemek cam mak uda tapi yong comel.(pandailah korang tafsirkan ayat tadi)ehe.yong ada lesung pipit dalam sangat.yong pernah cakap dekat mak uda yang yong nak jadi pontianak bila besar nanti.ishh2.jangan.biar maya karin sorang sudah yang jadi pontianak.

sekian saja surat mak uda untuk korang.terimalah salam peluk cium mak uda dari jauh dalam hutan(UUM).sebelum itu terimalah serangkap pantun dari mak uda

pecah kaca
pecah tong.
lepas baca 
harap gantong.

bye semua.wassalam.

Thursday, July 15, 2010

Boleh Tak Awak Sempurnakan Hidup Saya..

Dulu time i kecik2 montel dan bulat i selalu berangan bagaimana rupa putera idaman saya.adakah berdada bidang, tinggi melebihi 170cm, sukakan kucing, pandai buat lawak..ehhh2.pelik jugak ea saya boleh berfikir cam nie time kecik2 dulu.nie mesti akibat tunjuk ajar kakak saya yang kurus dan x montel macam saya.

Tapi bila umur saya dah 21 tahun kan,saya tak jumpa lagi putera idaman yang saya berangan time kecik2 dulu.Nie rahsia tau.jangan bawa mulut dekat orang lain.Mak saya pon tak tahu yang anak dara dier nie sedang sunyi seperti bilk mayat.tsk..tsk..tsk..(sedut hingus dalam2)

Orang cakap sebab saya jual mahal.ouh tidak.bukan saya jual mahal..orang laki yang jual mahal sama saya.tsktsk.sabar ya budak gemuk..

                                                                          comel kan

Pernah korang terfikir tak(seperti segment INGIN TAHU) korang akan jumpa pasangan korang yang saling melengkapi seperti COFFEE MATE AND COFFEE???kalau tak pasti lagi seperti saya,cepat2 join contest nie.senang seperti makan kacang and kulit dia baling2 ja atas lantai.

kalau nak masuk contest nie kena tengok tv dulu.korang mesti tengok dah kan iklan yang pasal guy yang berdada bidang tue mengorat gadis gemuk dalam Percintaan Coffee mate.sweet kan.comel jer.
see.moral of the story(sambil tangan ditunjukkan gaya satu malaysia) jadi lah pasangan yang saling melengkapi seperti coffe mate n coffee.coffee mate yang berwarna cream akan menutupi kegelapan coffee yang black.seperti lelaki bidang yang menutupi kekurangan pada si gadis gemuk.alololo..sweet kowt.(-__-')

Sunday, July 11, 2010

Kucing poN dah pandai curi seluar dalam wanita

SOUTHAMPTON: Pemilik seekor kucing di sini membuat laporan polis ke atas haiwan peliharaannya itu selepas menyedari ia mencuri seluar dalam dan sarung kaki jiran.

Peter Weismantel dalam laporannya berkata, kucing yang diberi nama Oscar itu akan kembali ke rumahnya di Southampton bersama sarung kaki dan seluar dalam sebagai ‘hadiah’ kepadanya, setiap hari.
Weismantel berkata, Oscar membawa pulang 10 helai seluar dalam setiap hari termasuk seluar dalam kanak-kanak dan pakaian dalam yang seksi. – Sumber dari BERITA HARIAN



                                         Kalau saya jumpa kitty nie.saya nak peluk dia seumur hidup

Ouh my kitty!!!!!i wonder..siapakah yang mengajar kamu jadi begitu.adakah kucing mak som a.k.a my mum juga begitu.tak kan.kucing my mum hanya pelik kerana suka makan durian.bayangkanlah..apabila saya meletak WHISKAS and DURIAN.Dia akan menjeling ke arah whiskas sambil mmencuci mulut dan berkata..HALOOOO!!!!!NOT MY TASTE OK.Tapi kalau durian dia sanggup menangis menyembah kaki saya untuk makan.Kucing pelik mak som juga suka makan strawbery,betik,cempedak,timun..keturunan vegeterian mana pon saya tak tau.

Saturday, July 10, 2010

Ada hadith yer pasal sanggul tingi2.(emel from my fren)

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

note:

Dear readers,

The article above is not written by me. what i did is just copy and paste from my email, someone sent this to me. So I guess many people don't know about this hadith right... then i make a move to share this article with u, for your all concern. Like people say... yes... sharing is caring.

pesanan Rasullah SAW... sampaikan lah hadithku walaupun dengan hanya sebaris ayat....

sincerely

si gadis